Santai Ayra

Super Happy Smiley
Powered by Blogger.
RSS

Sudah ku tahu! Viralkan???!!

Assalammualaikum & Selamat Malam..


Malam ni kita nak cerita and borak-borak pasal apa ya? Banyak yang nak diceritakan sebab..biasalah..blog kembali dibuka..setelah lama diam membisu..huh!

Okey..malam ni kita cerita tentang pengalaman bersalin anak pertama..tapi macam bosan je..hehehe

Tak naklah cerita bersalin..tak best..

Kisahku bermula...

Dia..pernah mengenali diri ini..tak pernah kucurahkan sepenuh kasih sayangku padanya..kerna SUDAH KUTAHU..dia bukan penghujungnya..ku bukanlah kejam..namun...

Ku mahu yang terbaik buatku..

Namun kulepaskannya kerna terlalu jauh sangat perjalanan ku bersamanya..setiap kali ku bersama seseorang diri ini yang kuat dan mampu melepaskan mereka...

Oh Tuhan..ku mahu yang terbaik buat ku..

Ku tak mahu kehilangan..

Munculkan dia untuk diriku...

Dia..muncul dalam hidupku setelah diri ini bersama seseorang dan hampir bertunang..hampir..

Bagaimana diri ini boleh terjerat sehingga ingin bertunang dengannya??

Ahh..lupakannn..ingat tak sebelum ni Diri Ini ingat tak?? Boleh klik Diri Ini tu..tekan! Tekan! Hehehe..jangan tekan banyak kali pulakk..kang muakkkk..hihihihiihi

Jelingannya yang tajam tu..sejak dari situ..diri ini minta jauhkanlah lelaki ini..takut! tak ingin! seram!

Namun ketika itu dia cuma promoter,kita ni cashier..jadi up sikitlahhh..hehehe..
Namun...sejak diri ini di panggil untuk National Service (PLKN lahh!!) diri ini berhenti buat sementara waktu..3 bulan..tak lama pun! Tapi..saya pergi kejap je..2 1/2 jeee..

Dalam masa tu,'si dia' dah naik pangkat jadi supervisor??? Macammana? Dahlah tak boleh pandang,bercakap apatah lagi..huhuhu..MASALAH BESAR!!

Okeyy mulalah my bos kata..macamana u nak kerja kalau tak bercakap dengan dia? U nak tukar duit pun kena cakap dengan dia..

Okeyy my bad....

Sejak dari itu..mulalah bercakap...

Mula berbaik..

Mula bermesra seperti adik and abang..

Mula kautim nak jadi 'Teman Tapi Mesra'..(ye laahhh masing2 ada pasangan masing2..)

Time tu dah start nak beli barang hantaran tunang..tapi berat hati...masalah ni...

Tetiba je...love you...(okeh time ni tak hengat dunia!)

Time ni..bila dia kata macam tu..kitorang ni kira declaree laaa..dia dah putus..okey my time untuk minta putus before dah terikat! Kejam kan?? Sayang punya pasal..

Simple! Dia menangis,diri ni..tak ada rasa apa2 lah..sebab lagipun tak pernah rasa sayang sebab bekas bakal tunang 2 adalah lelaki yang ke 4 (banyak lagi,tapi ni yang betul2)  saya tinggalkan..kejam! Dah frust bercinta! Kali ni nak betul2..

Sekali hujung bulan dia kata nak merisik saya!

Awal bulan dia merisik bersama family..

Pertengahan dia bawa rombongan nak bertunang dan minta tarikh..kami bertunang!

Tak lama..6 bulan lepas tu kira hujung tahun kami nikah!

18/12/08 okeyy save the date! Nanti wish tau!!!

Sekarang dah 8 tahun kami hidup bersama..memiliki dua cahaya mata..sepasang pula!

Mudahkan urusan Allah untuk dapatkan dan satukan kami berdua? Alhamdulillah..

Nota kaki : Doakan kebahagiaan kami sekeluarga agar kami dilindungi dan diberi kekuatan menempuh segala dugaan..in shaa Allah..semoga urusan kita juga dipermudahkan..aamiin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 positive words: