Membawa Diri Semulaa....
Rindu,Menyepi Membawa Diri..
Kenangan Manis Ceritera Ayra Part 1
Menjamu Selera Part 3
Hat ni makan bertambah2 Mr Daddy,habis dia makan udang ni..
Aktiviti Hujung Minggu
Menjamu Selera Part 2
Shawl Murahhhhh!!!!
Assalammualaikum sahabatsss...
Menjamu Selera Part 1
Business oh Business!
Assalammualaikum..
Ayra sebenarnyakann..teringin sangat nak jadi seorang penulis,usahawanita yang berjaya..
Sifat MALAS ni makin membiak-biak pula..Macammana nak jadi ciri-ciri yang berjaya..huhuhu..
Ayra berani mempelbagaikan produk yang Ayra jual tau!
Dulu,Ayra ada Zira Tiramisu Homemade,Ayra mempelbagaikan jenis produk Ayra,contohnya Melty Cheese,yang ni kira produk terlaris,memang Ayra menggunakan citarasa & resepi Ayra sendiri tau!
Nanti Ayra share gambar okeyyy...
Melty Cheese ni sampai ada seorang customer Ayra ni order tiap-tiap bulan,sampai sekarang ni husband dia termimpi-mimpikan Ayra bukan-bukan..mimpikan Melty Cheese..hehe..
Sampai nampak Ayra pun dia kata Hai Tokey Kek!
Ayra mampu tersenyum tersipu macam kucing hehehe...
Pastu Ayra buat Decoration Kek,macam Birthday Kek gituuu..berkotak-kotak order..cuma Ayra hanya menggunakan buttercream sahaja..yang lain tak pandai..hehe..
Pastu Ayra buat berbekas-bekas Choc Moist,Cheese Kek,pastu buat la Roti Butterscotch! Ala benda ni nak kena rajin je,kalau tak..alahaii...macam sekarang dah stop! Huhuhu..
Berbalik pada itu,Ayra sekarang ni! Sekarang ya! Ejen Dexandra & juga peniaga tegar tudung secara ONLINE & OFFLINE..
Ayra akan share nanti..
Ayra tak nak tulis panjang-panjang..jenuh nak membaca..hehehe...
Cara Mencapai Ketenangan Ketika Amarah Menguasai
Assalammualaikum..
Apa khabar kawan2 bloggers..sihat?? Okey..hari ini Ayra nak share sikit..macammana nak hadapi kesusahan & beri ketenangan sikit..
Pendapat Ayra,bila kita susah hati sikit,mesti susah nak bertenangkan..
Korang macammana nak tenangkan hati korang??
FIRST :
Sila ambil tempat jangan berdiri,bawa-bawalah duduk..kenalpasti kemarahan korang,betul ke korang tengah marah? Ok cakap sikit kat hati yang tengah marah tu.. "YE! SAYA MARAH!"
Ada air takkk?? Cuba minumm..
SECOND :
Sila bisikkan pada hati,saya tengah marah dan saya perlu bertenang..jangan bawa-bawa sifat amarah itu..kalau boleh jauh,tolonglah jauh dari orang yang anda tengah marahhh..tarik nafas hembus,tarik nafas & hembus..
THIRD :
Sila berfikir dahulu sebelum korang menghamburkan kemarahan korang..tolong fikir baik-baik,betul ke apa yang korang buat apa yang orang yang korang marah itu betul ke tak..
LAST :
Saya perlu bertenang..
Okey dearest..ini hanya apa yang Ayra lakukan,kalau boleh biarlah diri bertenang,kadang-kadang apa yang kita buat bukan membuahkan hasil ketika marah tapi merosakkan sesuatu perhubungan dalam silaturrahim..
Ayra mampu! Ayra kuat!
Kebosanan Melanda!
Assalammualaikum..
Nasihat Je Untuk Diri Sendiri
Assalammualaikum..
Ayra malam-malam ni tak boleh nak lelap mata..sambil dengar lagu ni nak ke jiwang karat pula..
Kadang-kadang Ayra nak cerita sikit..
Pesanan sikit :
** Jika kita bersama-sama keluarga,jaga-jagalah bahasa,kita ini ada silaturahim yang bak kata Air Yang Dicencang Takkan Putus laa..sebabnya,silap-silap orang yang dimasamkan tu,kita cari semula untuk minta bantuan..Alahai..manalah nak letak muka..takut sangat!
** Ada benda kita boleh cerita..ada benda yang kita kena telan silalah telan..jangan sesekali luahkan takut-takut & silap-silap berbalik pada awak..Bukan apa,orang ni rambut je hitam hati macam-macam colour tau!
** Janganlah kita sesekali menyakiti hati orang,alahai peritnyalah bahasa awak tu,riak muka awak tu..jaga-jagalah sikit awak,malulah orang tengok..
** Kadang-kadang apa yang kita cakap ni nak menasihati diri sendiri je,belum tentu diri itu sempurna,jadi kita baca kita telan je lah ya..
** Ada masa kita perlu jadi api,ada masa kita boleh berubah semula jadi air..janganlah dia api,kita pun api..bagaimana nak selesai masalahkan??
Okeylah tak nak nasihat lebih-lebih marah orang nanti..kita nak nasihati diri sendiri so,kena tulis supaya boleh hadam & hadap..
Anak-anak dah lena ni barulah dapat nak upload bagai..kalau tak adoi laaa anak tekak ni,nak menjerit je keja..bergaduh macam perang dunia nak jadi..bukan dah jadi tau..haha.
Eh! Korang ni enjoy ke baca entreee2 Ayra,boring ke tak eak? Ayra ni ikut citarasa tanpa ajinomoto tau..memang apa yang ada je ni..
Apa lagi yang Ayra tertinggal janji nak post entree ye kawan2 ada yang terlepas ke??
Nota Kaki : Remind Ayra semula apa yang Ayra lupa tauuuu....
Second Pregnancy & Delivered
Assalammualaikum..
Nota kaki : Dorang asyik bergaduhhhhh jee..hehehe
Q & A bercampur baur
Assalammualaikum & Selamat Malam pada yang sudi lawat blog Ayra ni..
Nota Kaki : Ayra akan sambung cerita tu nanti bawak2 bertenang yaa..
Tak Boleh Tidur Dengan Lena...hukhukhuk..
Asssalammualaikum w.b.t..