Santai Ayra

Super Happy Smiley
Powered by Blogger.
RSS

Izinkan Dia Menjadi Milikku!

Chapter 1..

“Syiera,hari ni macam biasa ye. Kita ke public lagi arini." Rania menegur Syiera yang tengah leka membelek telefon bimbitnya. Syiera hanya menganggukkan kepalanya. 'Pelik ni,dari tadi dok sms tak pedulikan aku' .getus hati Rania.
"Nia,mama masak apa arini? Ada bekal tak? Hehe.."Syiera memulakan pertanyaan pada sahabat baiknya,dia khuatir Rania akan meraguinya.
Rania memandang Syiera,Syiera memandang Rania. Syiera mengangka keningnya yang agak bersepah dan tak tersusun itu. 
"Kau ni kenapa Syiera? Apa yang kau sorok dari aku ni?"Rania tanya. 
Syiera hanya tersenyum. 
"Syiera,Rania nanti jumpa saya di bilik kaunseling ye.Ada benda nak suruh awak berdua buat."tegur Cikgu Kamal sambil lalu di bilik mereka. 
Syiera dan Rania hanya berpandangan,sambil yang lain-lain juga memandang ke arah mereka.Tak kalah dengan itu ada juga yang menjeling sambil iri hati dengan mereka berdua.
Mereka adalah pasangan sahabat paling rapat,pernah digelar 'kembar'.Kalau bergaduh sekalipun,mereka akan cepat berbaik semula. Ramai yang mula rasa irihati dengan mereka.Kadang-kadang meluat di rasa di hati mereka.
“Syiera,apa yang Cikgu Kamal nak eak?”Rania bertanya pada Syiera.
“Manalah aku tahu mak cik,kenapa kau tak tanya je kat dia tadi ni?” jawab Syiera sambil menaip sms di telefon bimbitnya.
 “Eh dahlah Syiera dari tadi dengan benda alah tu je!” marah Rania.
Syiera mengeluarkan buku teks Sejarah yang baru dipinjamnya dari Zaid di perhimpunan pagi tadi. 
“Kau pergi tak lawatan sambil belajar next week nanti?” tanya Rania pada Syiera yang baru membuka buku. 
“Kau bayarkan boleh? Ala macam malaslah aku nak p.
”Syiera balas sambil membuka buku. 
“Ala Syiera,kau tahukan tahun ni kita last kat sekolah sok dah abis sekolah entah contact kau lagi ke tak.
"Rania membalas sambil senyum tawar. “Eh kau ni,macam tak kawan dengan aku je lepas ni.Nantilah aku pikirkan macammana,kalau jadi ke tak jadi ke aku bagitahu kau besok.Ok?”Syiera jawab. 
“Kau tahu,ni buku Zaid,aku lupa nak bawak bukulah arini,dahlah Cikgu Sharifah ada arini.”Syiera beritahu pada Rania. 
“Buku Zaid? Kau gila? Dibuatnya Cikgu Sharifah tahu macamana?” Rania beritahu pada Syiera,khuatir Cikgu Sharifah akan memerli sahabatnya itu.Syiera dan Rania mula berpandangan.Mereka terdengar sesuatu.
Tuk! Tak! Tuk! Tak! (Bunyi kasut Cikgu Sharifah)
“Assalammualaikum Cikgu Sharifah!” para pelajar memberi salam,semua mata memandang ke arah Cikgu Sharifah yang penuh bergaya. “Waalaikumsalam,keluarkan buku teks Sejarah.”pesan Cikgu Sharifah.

Cikgu Sharifah memulakan kelas dengan berjalan ke arah Syiera yang duduk di meja hadapan sekali di hujung pintu kelas. 
“Syiera,buka muka surat 56  ye.”pesan Cikgu Sharifah sambil tersenyum manis ke arah Syiera. Syiera dan Rania berpandangan antara satu sama dengan yang lain. ‘Ni mesti kerja B!’ getus hati Syiera.
Bersambung...

Nota kaki : Enjoy hanya untuk suka2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 positive words:

Ceri Koko said...

best cerita ni Ayra :) :) keep it up dear,ceri akan tunggu sambungan :) asal masuk blog Ayra jer terus rasa romantik hehehe... cantiklah header Ayra :)

Ayra Zayra said...

Alhamdulillah Ceri Koko..hope enjoy!! Nantikan sambungannya ya..
Hahaha..jangan romantik sangat..hehe..blh la..