Santai Ayra

Super Happy Smiley
Powered by Blogger.
RSS

Menjamu Selera Part 3

Assalammualaikum..

Selamat pagi Jumaat,semoga doa-doa kita dikabulkan hari ini ya..
Cepat-cepat doa yang baik..lebih afdhal kiranya sebelum subuh & selepas Asar..

Hari ini,Ayra nak share makanan lagi..hehehe...

Nanti ada masa Ayra nak share laa resepi-resepi kek Ayra..nak takk?? Hehehehe...

Ok jom tengok apa Ayra masak...

Sila simpan air liur ye,jangan meleleh tau..hehe..


Udang Masak Kunyit

Hat ni makan bertambah2 Mr Daddy,habis dia makan udang ni..
Simple je ni..Kacau2 terus ready


Ni kenal tak? Hehehe Telur Masak Kicap jekkkk..
Menu anak-anak ni,tapi Mr Daddy dapat,memang habiskan..hahaha



Ni menu Ayam Masak 3 Rasa..Ayra ni jenis campak-campak je,cukup rasa complete cukup laa...kan...


Ni yang menjadikan pembuka selera..Sambal Belacan..Alahai..memang menusuk ke jiwa pedasnyaa...Kan Ayra kata,main campak-campak ikut sedaap tekakkk..hehehe..

Cukup tak gambar tu? Ke nk tengok lagi?? Hehehehe..okey2,nanti Ayra main masak-masak lagi kat dapur..hehehe..

Nota kaki : Ayra lapar kembali hikhikhik..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Hujung Minggu

Assalammualaikum..

Fuhh..fuhhh..berhabuk rupanya blog Ayra,lama giler tak upload apa-apa..sempat blogwalking dengan balas komen jee..
Sorry banyak-banyak yaa....

Ayra dah janji kan,kalau Ayra tak post entree Ayra akan cuba blogwalking & reply komen semua..

Cuma ada sesetengah blog tu,Ayra tak dapat nak jalan sebab tak ada chat room..
Ayra tak jumpa..sorry,maafkan Ayra..

Okey,ada kata blog Ayra ni banyak makanan..hahahaha..memang pun..nanti Ayra nak upload lagi,tapi sebelum tu,Ayra nak update aktiviti hujung minggu Ayra..nak tengokk??

Jomm ceekkkiiidoouuutt!!!


Hehehe..tadaaa..kalau ambil gambar dioranglah paling excited!

Cuba korang kalau jumpa Ayra nanti,cuba ambil gambar,macam-macam reaksi..hehehe...


Ha! Tengoklah tu,ingat senang ke nak ambil gambar Mr Daddy? Anak-anak lain reaction,Daddy pula..alahaii...nak tunjuk banyak-banyak reaksi dia,tapi nanti-nanti laa..hehehehe..

Ha! Tak ada makanan kan? Tapi..nak masuk jugak nanti..hehehehe..


Nota kaki : Sokong Ayra selalu..hehehe


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjamu Selera Part 2

Assalammualaikum..

Apa yang merobek-robek hati ini sebab buat Ayra tersengih-sengih & tersenyum sipu malu2..
Bosankan Ayra ni,kejap ada kejap tak ada..macam chipsmore..

Ok mula-mula sekali sorry banyak-banyak sebab Ayra tak update-update..tiba-tiba update tudung..hehehe..

Ye la,Ayra nak share dengan korang apa sebab Ayra ni busy sangat,kejap ada,kejap blogwalking je,kejap tak balas komen..

Ha bab komen! Ayra sedaya upaya untuk reply tau,sebab Ayra suka membalas..cuma bila betul-betul kesempatan Ayra akan balas..(hehe sambil menyengihhhh)

Ni,cerita panjang-panjang sangat,nak share makanan laa...Ayra sukaa sangatt masakkk...


Kari Asam Ikan

Ok dah kecur air liur,jemput makan yaa..Ayra ni pandai masak untuk family je,sebab diorang makan je apa yang Ayra masak sedap atau tak belakang cerita..hehehehe

 

Tumis Sayur Kobis
Ini macam peda-pedas sikit sebab cili merah tu kot..banyak sangat! Hehehehe..



Ini kalau korang tak kenal tak tahu laa Ayra nak kabo apa dahh..
Ini bukan masa makan dengan nasi tau,ni kes memalam buta lapar nampak apa yang ada goreng..tidur dengan senang lenang laa...

Ha,amacam korang? Korang dah terasa lapar balik ke? Sila pergi makan,jangan biar perut kosong..tahu?

Jadi macam Ayra ni,masak tak henti-henti..itu pun sejak kejadian Ayra berhenti kerja..huhuhu...

Kalau tak,tak kenal apa itu dapur..sebab jumpa seminggu sekali je..hehehe..

Ayra suka masak cuma tak rajin bila bekerjaa...

Ok laa..cukup-cukup..nanti esok-esok Ayra update lagi..sebab Sabtu & Ahad cuti's day untuk Ayra..

Nota kaki : Rindui Ayra selalu..hikhikhik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shawl Murahhhhh!!!!

Assalammualaikum sahabatsss...

Adik manisss..semalam Ayra betul2 Wordless Wednesday laa..betul-betul tak upload apa-apa langsung..

Hari ini seperti dijanjikan Ayra nak upload gambar Shawl Keknis,Murah jeee tau!!!

Sabar yaa...Hehehe..nanti Ayra akan upload yang lain pula..ni baru separuhh...


Hanya RM12.00



Hanya RM12.00


Hanya RM12.00


Hanya RM12.00


Hanya RM12.00



Hanya RM12.00


Hanya RM12.00



Hanya RM12.00


Hanya RM12.00


Hanya RM12.00

Ehmm..macamana? Tergoda tak tengok colour-colournya? Jom pilih2!! Tak mahal ni sayang2..hehehehe..

Ni Ayra baru upload separuh tau..jom support Ayra..

Postage RM7.00

Beli sehelai RM12.00 +RM7.00 POSTAGE = RM19.00 SAHAJA!! Beli dua helai Ayra cuma minta bayaran postage RM5 SAHAJA!!!

Cepatt!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjamu Selera Part 1

Assalammualaikum..

Ayra datang menyerang kembali bersama-sama gambar yang menyelerakan..hehehe..
Hari ini,petang ini,dengan ini Ayra nak shared apa yang Ayra masak semalam,duduk rumahlah katakan..main masak-masaklah kita..hehehe..

Jangan marah tau! Pasni tak post dah! Betul! Ayra janji...hehehe...

Ok..jom tengok apa yang Ayra masak firsstttt sekali....

Ikan Singgang..

Menu simple je ni,ok Mr Hubs dia tak suka kalau ada halia,rugikan? Tapi kalau Ayra berpantang,halia berpotong-potong ku potong..hahaha ayat apalah tu kan...

Menu kedua :


Ayam Masak Kicap ala Serai

Hehehe..nak jugak ada ala-ala tu..padahal biasa je pun..Ayra kalau masak u olls tak boleh sejenis,mesti nak berjenis-jenis..

Menu ketiga :

Ha! Ni simple! Simple! Semua tahu.....hihihi..


Ha tau kan! Telur dadar ada cili merah dalam dia,ada bawang siapa tak tahu?? PM Ayra..hehehe..

Dah upload makan-makan kita upload pulak minum..hehehe..



Air Kanak-Kanak Ribena Ayra panggil...

Hihihi..macammana? Ada yang bangkit selera tak petang ni? Hehehe..untuk makan malam,Ayra nak masak ni..hehehe..itu cerita esoklah ya..jemu orang tengok...

Nota Kaki : Selamat Menjamu Selera..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Business oh Business!

Assalammualaikum..

Ayra sebenarnyakann..teringin sangat nak jadi seorang penulis,usahawanita yang berjaya..
Sifat MALAS ni makin membiak-biak pula..Macammana nak jadi ciri-ciri yang berjaya..huhuhu..

Ayra berani mempelbagaikan produk yang Ayra jual tau!

Dulu,Ayra ada Zira Tiramisu Homemade,Ayra mempelbagaikan jenis produk Ayra,contohnya Melty Cheese,yang ni kira produk terlaris,memang Ayra menggunakan citarasa & resepi Ayra sendiri tau!

Nanti Ayra share gambar okeyyy...

Melty Cheese ni sampai ada seorang customer Ayra ni order tiap-tiap bulan,sampai sekarang ni husband dia termimpi-mimpikan Ayra bukan-bukan..mimpikan Melty Cheese..hehe..

Sampai nampak Ayra pun dia kata Hai Tokey Kek!

Ayra mampu tersenyum tersipu macam kucing hehehe...

Pastu Ayra buat Decoration Kek,macam Birthday Kek gituuu..berkotak-kotak order..cuma Ayra hanya menggunakan buttercream sahaja..yang lain tak pandai..hehe..

Pastu Ayra buat berbekas-bekas Choc Moist,Cheese Kek,pastu buat la Roti Butterscotch! Ala benda ni nak kena rajin je,kalau tak..alahaii...macam sekarang dah stop! Huhuhu..

Berbalik pada itu,Ayra sekarang ni! Sekarang ya! Ejen Dexandra & juga peniaga tegar tudung secara ONLINE & OFFLINE..

Ayra akan share nanti..

Ayra tak nak tulis panjang-panjang..jenuh nak membaca..hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Mencapai Ketenangan Ketika Amarah Menguasai

Assalammualaikum..

Apa khabar kawan2 bloggers..sihat?? Okey..hari ini Ayra nak share sikit..macammana nak hadapi kesusahan & beri ketenangan sikit..

Pendapat Ayra,bila kita susah hati sikit,mesti susah nak bertenangkan..

Korang macammana nak tenangkan hati korang??

FIRST :
Sila ambil tempat jangan berdiri,bawa-bawalah duduk..kenalpasti kemarahan korang,betul ke korang tengah marah? Ok cakap sikit kat hati yang tengah marah tu.. "YE! SAYA MARAH!"

Ada air takkk?? Cuba minumm..

SECOND :
Sila bisikkan pada hati,saya tengah marah dan saya perlu bertenang..jangan bawa-bawa sifat amarah itu..kalau boleh jauh,tolonglah jauh dari orang yang anda tengah marahhh..tarik nafas hembus,tarik nafas & hembus..


THIRD :
Sila berfikir dahulu sebelum korang menghamburkan kemarahan korang..tolong fikir baik-baik,betul ke apa yang korang buat apa yang orang yang korang marah itu betul ke tak..

LAST :
Saya perlu bertenang..

Okey dearest..ini hanya apa yang Ayra lakukan,kalau boleh biarlah diri bertenang,kadang-kadang apa yang kita buat bukan membuahkan hasil ketika marah tapi merosakkan sesuatu perhubungan dalam silaturrahim..

Ayra mampu! Ayra kuat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebosanan Melanda!

Assalammualaikum..


Hari ini Ayra dah updated & totally tukar lagu baru..huhu..kenapa tukar? Ermm..nak bagi ketenangan sikit hati sambil bagi ketenangan pada yang datang belogg Ayra ni..tak boringkan?? Hehehe..

Ayra tak ada benda nak cerita cuma kadang2 teringin nak masuk gambar2 Ayra disini,cuma kekangan masa sangatlah..hehe..

Kita type entree ni terus dari PC,gambar dahlah tak ada langsung nak transfer ni,ala lecehnya..dengan anak2 di kiri & kanan kita..hahaha...

Sambil2 buat belogg ni sebenarnya Ayra tengah nak uruskan shawl2 customer yang tanya..jenuh nak buat segala..hehe

Ayra nak juga masuk kot2 korang ada berkenan ke kan..Ayra ni suka jual murah2 tak ambil lebih pun,asalkan selesa dipakai oleh kitakannn..

Tak apalah..susah sangat masa yang Ayra ada ni..anak2 minta macam2 bila kita depan PC bila dilayan,kita tak dilayannya..huhuhu..

Nota Kaki : Jangan jemu singgah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasihat Je Untuk Diri Sendiri

Assalammualaikum..

Ayra malam-malam ni tak boleh nak lelap mata..sambil dengar lagu ni nak ke jiwang karat pula..
Kadang-kadang Ayra nak cerita sikit..

Pesanan sikit :

** Jika kita bersama-sama keluarga,jaga-jagalah bahasa,kita ini ada silaturahim yang bak kata Air Yang            Dicencang Takkan Putus laa..sebabnya,silap-silap orang yang dimasamkan tu,kita cari semula untuk              minta bantuan..Alahai..manalah nak letak muka..takut sangat!

** Ada benda kita boleh cerita..ada benda yang kita kena telan silalah telan..jangan            sesekali luahkan takut-takut & silap-silap berbalik pada awak..Bukan apa,orang ni rambut je hitam hati macam-macam colour tau!

** Janganlah kita sesekali menyakiti hati orang,alahai peritnyalah bahasa awak tu,riak muka awak tu..jaga-jagalah sikit awak,malulah orang tengok..

** Kadang-kadang apa yang kita cakap ni nak menasihati diri sendiri je,belum tentu diri itu sempurna,jadi kita baca kita telan je lah ya..

** Ada masa kita perlu jadi api,ada masa kita boleh berubah semula jadi air..janganlah dia api,kita pun api..bagaimana nak selesai masalahkan??


Okeylah tak nak nasihat lebih-lebih marah orang nanti..kita nak nasihati diri sendiri so,kena tulis supaya boleh hadam & hadap..

Anak-anak dah lena ni barulah dapat nak upload bagai..kalau tak adoi laaa anak tekak ni,nak menjerit je keja..bergaduh macam perang dunia nak jadi..bukan dah jadi tau..haha.

Eh! Korang ni enjoy ke baca entreee2 Ayra,boring ke tak eak? Ayra ni ikut citarasa tanpa ajinomoto tau..memang apa yang ada je ni..

Apa lagi yang Ayra tertinggal janji nak post entree ye kawan2 ada yang terlepas ke??

Nota Kaki : Remind Ayra semula apa yang Ayra lupa tauuuu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Second Pregnancy & Delivered

Assalammualaikum..

Rindu tak dengan Ayra? Rindu takkkk??

Hehe..credit to picture Google..

Kalau rindu cakaplah..tq pada yang singgah beloggg kita agar belogg kita tak berhabuk..
Okey,kita bukan nak cerita pasal RINDU. Entree kita kalini pasal Second Pregnancy..

Request by Cik Ceri kita ni..tak sabar dia nak dengar..hehe..rindu lerr tuuu...

Kisahnya bermulaaa.....

Ayra follow up di Swasta tak pernah lagi follow up kerajaan tak tahu kenapa..sebab lain macam sikit ni,nak details lebih..

Pregnancy Ayra kalini tak Complicated sangat..simple,senang..

Masuk kandungan 8 bulan..Ayra start tak boleh jalan terus sakit sehingga terpaksa admitted di Hospital Pusrawi di Jln Tun Razak..

Kelakar pun ada,rakan sekerja lelaki terpaksa tolak Ayra dengan wheel chair ke hospital tu..sampai Hospital sana ingat dia tu husband Ayra..hahaha..

Ok..dorang tolak Ayra dalam Labour Room!

Eh! Kenapa??? Takut laaa...baru 8 bulan bukan sakit nak beranak tapi sakit tak boleh nak berjalan..kelakar takkk??

Kawan tempat kerja pun risau ingat nak bersalin dah...


Okeyy..admitted 2,3 hari jee..pastu Doktor bagi berehat lama..bukan bersalin lagi ok!!

Last check up..Dr kata baby tak turun lagi laa Ayra...

Adoi..mengadoiii..baby tak jumpa ya,sebab dulu pun abang tak ikut pintu,ikut tingkap..

Ayra rasa Ayra mesti kena besalin ikut tingkap lagi ni..

Cian kat husband,sekali je merasa masuk labour room..jadila..dapat juga rasakannn..hehe..

Lepas tu,Dr kata beralih2 baby ni..memang tak masuk,kejap ke kanan kejap ke kiri..

Then..we decide..
Masuk 38 minggu ,we deciced to admit & doing operation..huhuhu..sedih & kecewa pun ada...

17/10/2016 (8:00am)
Ayra menyerah diri..dalam hati gembira ada,dup dap ada.siapa yang tak takut kena bedah??
Berdebar pun ada..

8:30 am
Nurse bawak Ayra ke bilik operasi..berdebar2..sempat salam dengan suami..minta ampun semua..

9:00am 
Ok..Ayra dapat Dr lelaki..Ayra pun tak tahu kenapa Dr lelaki tapi dah berumur laaa..
Pakar bius siap angkat Ayra letak ke katil lagi satu sebab Ayra dah kebas separuh badan..

9.35am
Dr Ayra masuk & dia boleh angkat tangan say Hi! Hahaha..kita ni berdebar dia punya gembira nak operate kita..

Godek..godekkk badan kita terus dengar suara baby! Dr tu siap angkat! Ha! Ni eak! Perempuan tau!

Dia ambil lap2 sikit bogelkan baby terus letak dada kita..eh bukan normal je tau operate pun boleh touch skin to skin..

Gembira sangat! Dia menangis di badan kita sambil bau Syurga..alhamdulillah..

Terus keluar nama! haha..tepat jam 10:01pagi berat 2.89 kg..

Yayy!! Kita dah ada sepasang..

Okey Cik Ceri habis dah cerita kita..senangkan..dua2 kita operate,sok kalau ada lagi isi,sambung ketiga pulaa yaaa...hahaha..bila la tuuuu...

Details :

Baby First : Muhammad Arfa' Hasbi
Weight : 3.1kg 
Time Delivered : 12.58 am

Baby Second : Nur Azzalea Qaisara
Weight : 2.89kg
Time Delivered : 10:01 am

Selesaiii...

Nota kaki : Dorang asyik bergaduhhhhh jee..hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Q & A bercampur baur

Assalammualaikum & Selamat Malam pada yang sudi lawat blog Ayra ni..

Malam ni tetiba Ayra rasa nak type & buat penutup..entah tetibakan!
Entree malam ni,Ayra nak type & cerita apa yang ada dalam kepala ni..
Kalau Ayra buat Question & Answer ada nak baca ke? Hehehe..persoalan Ayra,jawapan Ayra jugakkk..

Kenapa Ayra baru nak buat beloggg??

Nak tahu? Tak nak tahu Ayra tetap akan cerita jugakkan..sebenarnya,Ayra pernah ada belogg siap ada Nuffnang lagi..belogg itu siap ada gambar wedding Ayra lagi,gambar baby Ayra..first baby ok..
Jadi Ayra sebenarnya bukan baru dalam dunia belogg ni..cuma perbaharu je..hihihi..

CREDIT TO BAPAK GOOGLE

Kenapa sekarang buat belog lain??

Kenapa? Ok jawapannya,Ayra suka membaca,menaip & minat nak share cerita..cumanya Ayra tak masukkan gambar Ayra..kenapa? Entahhh..belum masa kot..belog yang lama dulu tu dah lupa guna email apa,password apa..hahaha..too many password in my life..

CREDIT TO AUNTIE GOOGLE

Tujuan apa buat belog sekarang ni??

Tujuan? Saje..macam Ayra cakap tadi..Ayra suka membaca..bila membaca terdetik hati ni nak juga update,mana tahu mungkin ada orang nak baca..kan?

Tak nak letak semula ke iklan Nuffnang?

Nakkkk..tapi hari tu cuba tak boleh login2 gakk..nama Ayra ni blacklist kot sebab dulu selalu sangat dapat tiket free..tak nak bagi tak apa laa..janji Ayra ada belog sendiri..kenangan nihhh...

CREDIT TO BROTHER GOOGLE

Jadi..cukup2lah soalan yang Ayra mampu utarakan..kalau u all ada soalan jangan malu2 jangan segan untuk bertanya..sebabnya Ayra tak nak la tangguh entree2 Ayra dulu pernah buat cerita tapi tak sambung2 lagi..
Second pregnancy pun Ayra tak cerita lagi..kann..

Mana boleh buat orang tertunggu2kan..

Ok! Daa..
xoxo

Nota Kaki : Ayra akan sambung cerita tu nanti bawak2 bertenang yaa..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak Boleh Tidur Dengan Lena...hukhukhuk..

Asssalammualaikum w.b.t..

Ingat tak kisah Ayra semalam Aura Negatif Menguasai Minda..
Kisahnya bermula malam semalam Ayra langsung tak boleh tidur dengan lena..setiap masa nak terjaga..alahaii...
Tak tahu nak cerita macamana,asyik terfikir2 & sangat risaukan keselamatan Ayra dengan anak2..huhu..
Yang Ayra mampu hanya doa sahaja agar Ayra sekeluarga dilindungi..dah la Ayra jenis yang suka fikirkan yang bukan2..itulah masalahnya..

Terbawa2 sampai diri sendiri merana..hari ini akibatnya..mengantuk tahap apa dah..dengan kesihatan tak memuaskan batuk2 tak berhenti..mata bengkak..

Nak jadi Zombi kot..haha..
Lepas Ayra taip & menaip ni..Ayra nak lelap sekejaplah ya..lepas tu,sambung baca belog2 korang keyyy..

Tak larat nak buka mata..please make sure belog Ayra ni tak berhabuk ya,terutama sekali Cik Ceri & Cik Ee kita..hehe..kita saje lahh tagg nama korang..hehe..

Nota Kaki : Rindu2 lah tengok kelopak rose Ayra..hihihi...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aura Negatif Menguasai Minda

Assalammualaikum...

Masih membaca? Dan terus membaca? 

Hari ini mood Ayra tak berapa nak cantik sangat..macam2 perasaan membelengu dalam pemikiran Ayra..
Entahlah..susah Ayra nak ceritakan..cuma Ayra minta doa dari kamu semua sahabat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Ayra..

Berdebar-debar rasanya..

Aura negatif sangat menguasai minda..

Ayra tak nak update tapi nak juga menulis sesuatu agar tak sunyi blog Ayra ini..

Nota Kaki : Doakan ya kawan2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Bersalin First Baby...

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ini,Ayra nak cerita apa eak dekat sini..
Apa yang Ayra nak share? 

Sebenarnya Ayra tak tahu nak share cerita apa kat korang ni..

Ayra cerita pengalaman Ayra bersalin nak tak? Tapi anak sulung laa..takkan nak share anak kedua terus..hehe..

10:00 pm (24/09/2010)
 Malam tu,kami tidur lambat.Tengok tv la katakan..tetiba..cerita best kot malam tu..hehe..dalam hati memang tak sabar nak bersalin tapi takut pun ada..huhu..
Tempat kejadian di Sg Buloh..
Air ketuban pecah..hurmm..macam tak sedap hati..kalau sakit je,tak apa lah tunggu pagi..ni dah pecah..risau la hati ni..
10.30 pm,kami gerak ke HKL..eh? Kenapa ke HKL? Entah laa..jangan tanya..unplanned!
Check up dekat private..
Tak apalah..

11:30 pm (24/09/2010)
Sesampainya di HKL,cek2 bukaan baru 2 cm..huhu
Nak balik ke? Takkan nak balik,ketuban dah pecah ni..
Dr tahan tapi suami tak boleh tunggu..dia tidur mana Ayra pun lupa..rumah ibu kot dekat KL je.rumah kami kan jauh..

12.30 am (25/09/2010)
Baru dapat katil..ramai!
Dah start sakit,tapi boleh tahan lagi..sikit jeee..
Terlena..

2.30 am (25/09/2010)
Terjaga! Sakit lagi makin kerap sakit..
Cek bukaan masih 2 cm....
Sedihnya tengok progressionnya..

4:00 am (25/09/2010)
Terjaga sakit lagi..
Tak nak sms suami takut dia risau..

6:30 am (25/09/2010) 
Terjaga sebab nurse nak cek..progression slow..
Masih 2 cm..

8:00 am (25/09/2010)
My family termasuk husband sampai..sakit dah makin kerap sampai 12 tghhari..bukaan 3 cm..
Dorg suruh jalan..jalan2 tak buka juga..
Huhu..

3:00 pm (25/09/2010)
Dr suh masuh jugak labour..time ni sakit sangat dah,5 minit sekali..husband pun sampai kena cengkam..
Kesian dia..luar jangkaan tu..hehe..Maaf Cik Somi..

Sakit...terus menerus sehingga 8:00 malam...

Ok boleh tak bayangkan kesakitan Ayra sehingga satu hari dorang biarkan..Ayra suruh diorang operate..diorang tak nak lagi..sebab bukaan hanya sehingga 3 cm sahaja..

Barulah diorang hantar Ayra ke OT..luar jangkaan Ayra tak sempat nak salam family semua termasuk husband..sakit dah tak ingat apa..

Maafkan Ayraaaaa...

12:48 am (26/09/2010)
Lahirlah cahaya mata pertama kami melihat dunia..dengan kaedah operate..
Family semua datang termasuk in law dari Penang..
Baby boy @ 3.1 kg..

Alhamdulillah..

Seronok rasanya bila bergelar ibu..6 pagi lepas tu,Ayra boleh bangun sendiri mandi..percaya tak gagahnya? Dah la operate..hehe..

Itu je Ayra nak cerita..hehe..nanti2 Ayra share lagi ya..

Nota Kaki : Harap dapat membaca dengan tenang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa yang terfikir je niii..hehehe

Asssalammualaikum w.b.t..

Okeyy..sini Ayra nak update apa yang ada je ya..Nak beritahu juga ni..Ayra ni hanya akan blogging on weekdays sahaja..sebab itu on weekends Ayra tak online langsung..Jangan kata online,sentuh pun tak..

Kenapa??

Jawapan : Sebabnya,Ayra nak luangkan masa seluas2nya untuk family Ayra..sebab masa itulah paling terhad & ada untuk Ayra hargai..hehe..menyampah tak?? 

Lantaklah dia nak p Johor ke,Kedah ke,Pahang ke..yang penting family first..haha..

Lagi? 

Kalau boleh update blog,janganlah sampai satu hari 3,4 post..hehe..
Kadang2 satu hari orang bukannya ada masa 24jam online..hehe..kadang tak sempat nak baca awok2 punya..sedap2 baca awok punya,orang kain punya ketinggalan..
Tak apalah..this is my pendapat only..

Jangan terasa hati..Maafkan Ayra..

Setiap kali online,cer cuba pergi blogwalking jap..tak kisahlah,at least 3 blog pun memadai untuk jenjalan..
Kalau awak ada shout box,orang dalam 10 orang tegur awok..cuba2lah awok pergi setiap blog deme..tegur,wish tq..yelahh..walaupun ada yang tak baca blog awok,at least diorang rasa dihargai..kan??

Macam Cik Ee kita,malam2 wish kita nite! Hehe..maaflah malam2 pun Ayra tak online,tak sempat nak wist nite kat dia..wish selamat pagi je dapatkan..hehehe..

Dah panjang sangat ke? Belum lagi kan??

Eh kita nak sharelahh..

Blogger2 ni ramai yang pandai2 belaka ya..hehe..ada yang master,bachelor,bujang & muda belia..
Idok la macam Ayra ni,dahlah tanam anggur je,baru je..sebelum ni Ayra dah puas bekerja 7 tahun untuk berlainan bidang..hehehe..
Sekarang,housewife sepenuh masa..alhamdulillah..

Boring cerita pasal Ayra,cuba korang share,tujuan berblogger bagi korang?? hehe..

Nota kaki : Tq pada yang komen n beri pendapat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS